Tuesday, August 11, 2009

KECOH PASAL UTUSAN..RIDHUAN TEE

Setiap hari AHad aku baca utusan dan beberapa akhbar lain dan sejak beberapa minggu nie ada kolum yang menarik perhatian aku terutama isu berkaitan dengan utusan....dr ridhuan tee...aku tengok ruangan tu banyak mengutarakan tentang fakta - fakta dan beberapa isu yang telah diperhangatkan sejak akhir - akhir ini. Tapi yang pasti, kecenderungan pembaca lebih kepada politik kebanykkan menghentam antara satu sama lain termasuklah penulisnya.

Tapi apa yang pasti sejak akhir akhir ini negara telah banyak dihamburkan dengan maklumat - maklumat yang sepatutnya tidak diperbincangkan secara umum...mungkin sebab keadaan teknologi semasa ataupun kehendak sesetangah pemimpin yang terpaksa membuka pekung demi untuk memberikan jawapan yang terbaik kepada persoalan rakyat.

Isu tentang hak istimewa, perlembagaan dan lain - lain lagi sepatutnya tidak dijadikan satu bahan untuk dipersoalkan dan diungkitkan termasuklah perkara - perkara penting tentang penubuhan malaysia. Mungkin ada yang berani kata, itu masa dulu...perkara itu dah lapuk dan tak sesuai dengan keadaan sekarang tapi SIAPA KITA HENDAK BERKATA SEPERTI ITU? kalau tiadanya timbangtara dan perlembagaan dan keistimewaan tersebut maka tidak akan jadi bumi Tanah Melayu atau Malaysia. Maka tidak ada kemerdekaan 31 ogos 1957. Mungkin lewat lagi dan mungkin kita merdeka ntah tahun berapa dan mungkin beberapa perkara mengenai tanah melayu tidak ada. Dan kita mengatakan perkara dan perlembagaan itu tidak sesuai lagi pada masa kini, isunya siapalah anda untuk persoalkannya? Mungkin sebab kita fikir kita telah belajar tinggi, di overseas, telah mengkaji perlembagaan dan sepatutnya kena macam nie bukan macam tu, atau sebab kita ini memang genius dan pakar dan mengatakan perkara ini perlu diubah sekarang. Tapi persoalannya, siapa kita hendak berkata begitu? Kita bukanlah orang yang terlibat sama bersama -sama menjadikan perlembagaan Malaysia ketika itu.

Dan kita pada harini dapat melihat ramai yang seboleh bolehnya ingin tunjuk pandai dan mengatakan perkara ini itu perlu diubah dan akhirnya timbulnya keraguan dalam masyarakat. Sepatutnya perkara asas itu saja yang boleh diutarakan dan perkara yang detail tidak perlu difikirkan. Akhirnya, itulah jadinya kehendak Malaysian Malaysia apabila semua orang kata dia pandai.

Generasi muda harini adalah arkitek untuk masa depan malaysia seterusnya. Kita tidak dapat bayangkan jika arkiteknya masih terbuai buai mimpi . Sepatutnya arkiteknya telah mula melakarkan lakarannya dan lakarannya bukanlah sebuah bangunan yang bengkang bengkok dan hanya rangkanya sahaja tapi birlah menjadi bangunan yang kukuh dan indah dipandang mata serta kagum dengan keunikannya.

No comments:

Post a Comment