Tuesday, November 10, 2009

Piala Malaysia Yang Tercalar

Akhirnya Piala Malaysia dalam gengaman Negeri Sembilan dan Kelantan Berduka lagi...itulah namanya bola sepak...pasti ada yang kalah dan menang dan masalahnya ialah apabila ada yang kalah penyokong pun tak boleh terima dan nak tunjuk perasaan. Memang diakui penonton dan peminat Kelantan agak fanatik dan harapan menggunung Kelantan untuk menang Piala Malaysia kali ini...tapi perasaan kecewa itu menyebabkan imej pasukan penyokong kelantan tercalar akibat marah teramat sangat dengan membakar kerusi stadium dan membaling pelbagai objek bahaya sehingga menyebabkan kerosakan terus pada stadium bukit jalil.Dan polis mula akan bertindak mengenalpasti siapa yang terlibat dan akan ditangkap....

Monday, October 19, 2009

selangor oh selangor

Selangor terus dihantui dengan berita lagi berkaitan politiknya. Terbaru Adun yang akan keluar dan menjadi Adun bebas. Huh...macam - macam cerita selain isu pembangunan yang semakin slow di Selangor kerana langkah berhati - hati pelabur. Itulah cerita politik yang menjadi tak keruan. Adakalanya sebelum pilihanraya rakyat ditabur pelbagai janji tetapi selepas pilihanraya lain jadinya. Tapi apapun Kerajaan PR kena belajar banyak perkara sekiranya tidak ingin hilang undi tak percaya rakyat untuk PRU 13. Kita semua tahu kegagalan BN di kebanyakkan kerusi pada PRU ke 12 adalah kerana isu kemarahan rakyat kepada BN...tetapi apabila PR memerintah Kerajaan Negeri Selangor khabarnya kakitangan kerajaan negeri banyak menjadi mangsa...ramai pegawai kerajaan dikatakan bersekongkol dengan BN dan akibatnya PR tidak menjadi mesra rakyat dengan kabinet baru dan polisi baru kerajaan negeri. Bila ada yang mengadu seolah oleh dikabarkan tidak profesional dan tidak tahu peraturan.

Mungkin kebanyakkan pekerja yang terlibat dalam industri swasta atau bekerja sendiri seperti kontraktor melihat isu ini seperti remeh temeh...atau kepada masyarakat yang tidak terlibat dengan polisi kerajaan negeri tetapi bagi kakitangan kerajaan ianya sesuatu yang dipandang serius.

Seharusnya perkara yang telah lepas itu dilepaskanlah dan perbaiki untuk memperkemaskan pentadbiran yang baru. Kerajaan negeri sekarang perlu ingat bahawa kebanyakkan pegawai kerajaan ini dulunya hanyalah saya yang menurut perintah. Dan mereka semua tahu tentang perkara - perkara yang berkaitan dengan prosedur dan polisi cuma kerajaan negeri sekrang perlu lebih berhemah. Jangan sampai ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang memboikot program kerajaan negeri. Dunia nie kecil jer, pusing pusing kekadang kita balik ke tempat yang sama.

Cuma yang penting kerajaan negeri kena perbaiki apa kelemahan yang lepas dan buat yang lebih baik. Tak perlulah dicari kesalahan baru dengan membuang masa tetapi fikirkan bagaimana untuk terus memberikan pulangan yang baik untuk negeri Selangor.

Jangan selepas ini kalau PR kalah salahkan rakyat kerana termakan cerita dongeng kerajaan BN. Baru nak gigit jari dan mulalah menuding sana sini.

Monday, August 17, 2009

gula lagi....

heboh kekurangan isu gula di pasaran...alamat...mnum kedai rasa tawar skit la..tapi bagus juga...bai kurangkan rakyat malaysia kena kencing manis. Tapi isu gula nie bukan isu baru tapi isu pemborong yang tak nak kluarkan stok bagi mengawal harga..dan yang menjadi mangsa adalah rakyat. Dan sepatutnya lagi di sempadan , penguatkuasaan patut dijalankan dengan lebih ketat supaya gula tidak boleh dijual kepada rakyat luar.

Isu nie selagi mana dibincangkan pun tak akan abis...cuma kerajaan perlu ambil langkah drastik.

Isu nie setiap tahun ada krisis, jadi mesti orang yang ada simpan stok. Di chuping pun tanaman tebu pun dah kurang tapi tak bermakna gula pun berkurang.

ke mana perginya gula nie, mungkin ada semut hitam yang punya kerja???????

Orang barisan dan orang PAS

hahaa...aku balik kg untuk melawat keadaan mak mentua aku...and then aku pun sembang sembang dengan orang kat utara...and keluar la tajuk and topik yang berkaitan dengan politik...isunya pasal calon pas dan barisan....depa kata" mcm mana barisan nak menang...pi rumah orang...dengan pakai baju batik semangat macam orang besar....lagi lagi kalau pi kenduri kawen...macam dia sorang saja yang paling hensem...tuan rumah mestilah salam sakan...harap harap dapat buah tangan istimewa...nasib tak baik...salam kosong jerla...tapi tengok kalao org pas datang...datang pakai lebai je...kecoh dia macam jumpa sedara tapi tak kenai sapa pun...datang datang bukan pi khemah depan...tu pi kat tempat basuh pinggan...duduk melepak kat belakang isap rokok gentel...tuan rumah pun macam tak percaya...."

" Cuba hang pikir, mana org kampung tak sokong calon pas nie dari barisan, depa punya terror unuk ambik hati ni no satu...tapi calon barisan dok pakai pakaian batik segak semacam...tak mesra rakyat...."

" lagi satu, macam mana la pas boleh dihormati oleh orang tua...depa nie semua boleh bagi kuliah agama....dok bagi ilmu agama ajar agama....cerita kat surau...masjid lepas solat jemaah and then sambil tu bagi ilmu agama....orang barisan? depa dok bagi cerita pasai projek....buat jalan...hmmm...depa nie orang kampung dah tua...semua tak pikir sangat pasai tu..depa nak tingkatkan ilmu agama...nak bagi jd bagus lagi..bukan depa nak tau ada projek ke apa..."

dalam hati aku...betoi gak...hmmmmmmmm....

Tuesday, August 11, 2009

selangor...oh selangor

Baru baru nie aku jumpa kawan aku yang involve pasal byk benda kat selangor...maklumlah kawan tu byk kawan kat selangor so macam mamcam citer aa aku dengar. Dia kata dulu masa BN perintah tak ler seteruk nie...masuk PKR perintah...tak tahulah...aku dulu sokong pkr pun hilang keyakinan. Dia kata semua GLC selangor dalam keadaan tertekan.. Isu air percuma kat selangor memang la gah tapi orang tatau hakikat sebenarnya yang bayar KDEB ( Kumpulan Darul Ehsan Selangor ) tiap tiap bulan kena spare at least 15 juta bayar kat syabas....silap silap baper bulan lg pening nak byr mcm mana terus isytihar tutup... PKPS ( perbadanan kemajuan pertanian selangor plak dulu dia kata punya lah gah pasal selangor fruit valley kat rawang...( pernah gak aku tgk projek tu ....mmg besar ) sampai pak lah masa tu pergi lawat...tapi kawan aku kata masa PKR perintah tah apa dibuatnya kat ladang tu...kata ader program ladang rakyat......joinkan org kg tanam belimbing kemudian marketkan belimbing melalui fruit vallley tu...lepas tu program tu dia kata hancur gak...dah katanyer anak syarikat yang makin tenat ada lagi...kemudian PKNS...byk projek dah mula kurang menguntungkan...PNSB lagi aaa...dan yang paling best sekali kawan aku kata...MB selangor nie kira kerja dia nak batalkan aggreement jer semua tanah dah JV....

dan aku mula terbayangkan kata kata dia...kalolah pkr kalah next election,..glc selangor byk akan berdepan dengan saman..bukan puluh juta tapi ratusan juta...kununnya...perjanjian buat ta betul...tak ikut harga semasa...ye lah perjanjian sign 2003...nak kira harga 2008...ntah aa..aku cakap aku tak tau...

dan cakap cakap kosong di kedai kopi mengatakan pegawai kerajaan selangor termasuklah yang PA pun dah mula fed up...dan ayat yang mula keluar ialah...ha tu la...sokong lgi diaorang nie...ambik cuti tanpa gaji la...jawabnya...lagi bagus...

itu antara rintihan dari kawan aku tuh...abis selangor nie...dia kata. Tak tahu apa perancangan ...tak ada new peoject so duit nak masuk mcm mana...lepas tu dia kata ada satu GLC tu...GM dia pun letak umur 69 thn...apa halnya tuuuu...

aku cakap...ntah aa...

H1N1...dari hidup terus mati...sapa kisah

Kecoh satu negara...kematian H1N1 makin meningkat. Dulu masa H1 N1 menyerang malaysia, bini aku cakap orang malaysia tak risau ke? aku cakap nak risau apa, baru 2-3 kes...lepas naik 100 kes bini aku tanya aku lagi? bang...kena kurangkan berjalan...kena beli penutup mulut....aku cakap...alaaa orang lain tak risau pun...baru seratus yang kena...bila naik seribu...bini aku kata...bang dah seribu dah...kes tempatan pun dah banyak....aku kata...hmmm bukannya adayang mati.....lepas ada yang mati...bini aku kata lagi...bang tengok lah yang mati pun banyak dah...budak budak...orang tua...org bersalin dah berpuluh kes, aku cakap...nak buat macam mana....orang malaysia nie bukan takut pun h1n1 nie...heran pun tak....kat pasaraya ke kat luar ke kat mana mana ke....ada kita tgk orang berpusu pusu nak beli tutup muka ( mask ) tu...walaupun mati dah bertambah...tak ada!! itulah orang malaysia.....bila dah teruk dah beribu mati dah kritikal nanti ...tengok lah apa mak bapa kata...haaa itulah kerajaan...dari dulu tak nak ambil langkah...tapi kita pernah tak kata....apsal setiap keluarga tak nak ambil langkah nie dulu....

dan masa tu....buat lah demontrasi lagi....aku nak pergi kl pun susah.......duit minyak abis...orang marah..........

KECOH PASAL UTUSAN..RIDHUAN TEE

Setiap hari AHad aku baca utusan dan beberapa akhbar lain dan sejak beberapa minggu nie ada kolum yang menarik perhatian aku terutama isu berkaitan dengan utusan....dr ridhuan tee...aku tengok ruangan tu banyak mengutarakan tentang fakta - fakta dan beberapa isu yang telah diperhangatkan sejak akhir - akhir ini. Tapi yang pasti, kecenderungan pembaca lebih kepada politik kebanykkan menghentam antara satu sama lain termasuklah penulisnya.

Tapi apa yang pasti sejak akhir akhir ini negara telah banyak dihamburkan dengan maklumat - maklumat yang sepatutnya tidak diperbincangkan secara umum...mungkin sebab keadaan teknologi semasa ataupun kehendak sesetangah pemimpin yang terpaksa membuka pekung demi untuk memberikan jawapan yang terbaik kepada persoalan rakyat.

Isu tentang hak istimewa, perlembagaan dan lain - lain lagi sepatutnya tidak dijadikan satu bahan untuk dipersoalkan dan diungkitkan termasuklah perkara - perkara penting tentang penubuhan malaysia. Mungkin ada yang berani kata, itu masa dulu...perkara itu dah lapuk dan tak sesuai dengan keadaan sekarang tapi SIAPA KITA HENDAK BERKATA SEPERTI ITU? kalau tiadanya timbangtara dan perlembagaan dan keistimewaan tersebut maka tidak akan jadi bumi Tanah Melayu atau Malaysia. Maka tidak ada kemerdekaan 31 ogos 1957. Mungkin lewat lagi dan mungkin kita merdeka ntah tahun berapa dan mungkin beberapa perkara mengenai tanah melayu tidak ada. Dan kita mengatakan perkara dan perlembagaan itu tidak sesuai lagi pada masa kini, isunya siapalah anda untuk persoalkannya? Mungkin sebab kita fikir kita telah belajar tinggi, di overseas, telah mengkaji perlembagaan dan sepatutnya kena macam nie bukan macam tu, atau sebab kita ini memang genius dan pakar dan mengatakan perkara ini perlu diubah sekarang. Tapi persoalannya, siapa kita hendak berkata begitu? Kita bukanlah orang yang terlibat sama bersama -sama menjadikan perlembagaan Malaysia ketika itu.

Dan kita pada harini dapat melihat ramai yang seboleh bolehnya ingin tunjuk pandai dan mengatakan perkara ini itu perlu diubah dan akhirnya timbulnya keraguan dalam masyarakat. Sepatutnya perkara asas itu saja yang boleh diutarakan dan perkara yang detail tidak perlu difikirkan. Akhirnya, itulah jadinya kehendak Malaysian Malaysia apabila semua orang kata dia pandai.

Generasi muda harini adalah arkitek untuk masa depan malaysia seterusnya. Kita tidak dapat bayangkan jika arkiteknya masih terbuai buai mimpi . Sepatutnya arkiteknya telah mula melakarkan lakarannya dan lakarannya bukanlah sebuah bangunan yang bengkang bengkok dan hanya rangkanya sahaja tapi birlah menjadi bangunan yang kukuh dan indah dipandang mata serta kagum dengan keunikannya.