Monday, August 17, 2009

gula lagi....

heboh kekurangan isu gula di pasaran...alamat...mnum kedai rasa tawar skit la..tapi bagus juga...bai kurangkan rakyat malaysia kena kencing manis. Tapi isu gula nie bukan isu baru tapi isu pemborong yang tak nak kluarkan stok bagi mengawal harga..dan yang menjadi mangsa adalah rakyat. Dan sepatutnya lagi di sempadan , penguatkuasaan patut dijalankan dengan lebih ketat supaya gula tidak boleh dijual kepada rakyat luar.

Isu nie selagi mana dibincangkan pun tak akan abis...cuma kerajaan perlu ambil langkah drastik.

Isu nie setiap tahun ada krisis, jadi mesti orang yang ada simpan stok. Di chuping pun tanaman tebu pun dah kurang tapi tak bermakna gula pun berkurang.

ke mana perginya gula nie, mungkin ada semut hitam yang punya kerja???????

Orang barisan dan orang PAS

hahaa...aku balik kg untuk melawat keadaan mak mentua aku...and then aku pun sembang sembang dengan orang kat utara...and keluar la tajuk and topik yang berkaitan dengan politik...isunya pasal calon pas dan barisan....depa kata" mcm mana barisan nak menang...pi rumah orang...dengan pakai baju batik semangat macam orang besar....lagi lagi kalau pi kenduri kawen...macam dia sorang saja yang paling hensem...tuan rumah mestilah salam sakan...harap harap dapat buah tangan istimewa...nasib tak baik...salam kosong jerla...tapi tengok kalao org pas datang...datang pakai lebai je...kecoh dia macam jumpa sedara tapi tak kenai sapa pun...datang datang bukan pi khemah depan...tu pi kat tempat basuh pinggan...duduk melepak kat belakang isap rokok gentel...tuan rumah pun macam tak percaya...."

" Cuba hang pikir, mana org kampung tak sokong calon pas nie dari barisan, depa punya terror unuk ambik hati ni no satu...tapi calon barisan dok pakai pakaian batik segak semacam...tak mesra rakyat...."

" lagi satu, macam mana la pas boleh dihormati oleh orang tua...depa nie semua boleh bagi kuliah agama....dok bagi ilmu agama ajar agama....cerita kat surau...masjid lepas solat jemaah and then sambil tu bagi ilmu agama....orang barisan? depa dok bagi cerita pasai projek....buat jalan...hmmm...depa nie orang kampung dah tua...semua tak pikir sangat pasai tu..depa nak tingkatkan ilmu agama...nak bagi jd bagus lagi..bukan depa nak tau ada projek ke apa..."

dalam hati aku...betoi gak...hmmmmmmmm....

Tuesday, August 11, 2009

selangor...oh selangor

Baru baru nie aku jumpa kawan aku yang involve pasal byk benda kat selangor...maklumlah kawan tu byk kawan kat selangor so macam mamcam citer aa aku dengar. Dia kata dulu masa BN perintah tak ler seteruk nie...masuk PKR perintah...tak tahulah...aku dulu sokong pkr pun hilang keyakinan. Dia kata semua GLC selangor dalam keadaan tertekan.. Isu air percuma kat selangor memang la gah tapi orang tatau hakikat sebenarnya yang bayar KDEB ( Kumpulan Darul Ehsan Selangor ) tiap tiap bulan kena spare at least 15 juta bayar kat syabas....silap silap baper bulan lg pening nak byr mcm mana terus isytihar tutup... PKPS ( perbadanan kemajuan pertanian selangor plak dulu dia kata punya lah gah pasal selangor fruit valley kat rawang...( pernah gak aku tgk projek tu ....mmg besar ) sampai pak lah masa tu pergi lawat...tapi kawan aku kata masa PKR perintah tah apa dibuatnya kat ladang tu...kata ader program ladang rakyat......joinkan org kg tanam belimbing kemudian marketkan belimbing melalui fruit vallley tu...lepas tu program tu dia kata hancur gak...dah katanyer anak syarikat yang makin tenat ada lagi...kemudian PKNS...byk projek dah mula kurang menguntungkan...PNSB lagi aaa...dan yang paling best sekali kawan aku kata...MB selangor nie kira kerja dia nak batalkan aggreement jer semua tanah dah JV....

dan aku mula terbayangkan kata kata dia...kalolah pkr kalah next election,..glc selangor byk akan berdepan dengan saman..bukan puluh juta tapi ratusan juta...kununnya...perjanjian buat ta betul...tak ikut harga semasa...ye lah perjanjian sign 2003...nak kira harga 2008...ntah aa..aku cakap aku tak tau...

dan cakap cakap kosong di kedai kopi mengatakan pegawai kerajaan selangor termasuklah yang PA pun dah mula fed up...dan ayat yang mula keluar ialah...ha tu la...sokong lgi diaorang nie...ambik cuti tanpa gaji la...jawabnya...lagi bagus...

itu antara rintihan dari kawan aku tuh...abis selangor nie...dia kata. Tak tahu apa perancangan ...tak ada new peoject so duit nak masuk mcm mana...lepas tu dia kata ada satu GLC tu...GM dia pun letak umur 69 thn...apa halnya tuuuu...

aku cakap...ntah aa...

H1N1...dari hidup terus mati...sapa kisah

Kecoh satu negara...kematian H1N1 makin meningkat. Dulu masa H1 N1 menyerang malaysia, bini aku cakap orang malaysia tak risau ke? aku cakap nak risau apa, baru 2-3 kes...lepas naik 100 kes bini aku tanya aku lagi? bang...kena kurangkan berjalan...kena beli penutup mulut....aku cakap...alaaa orang lain tak risau pun...baru seratus yang kena...bila naik seribu...bini aku kata...bang dah seribu dah...kes tempatan pun dah banyak....aku kata...hmmm bukannya adayang mati.....lepas ada yang mati...bini aku kata lagi...bang tengok lah yang mati pun banyak dah...budak budak...orang tua...org bersalin dah berpuluh kes, aku cakap...nak buat macam mana....orang malaysia nie bukan takut pun h1n1 nie...heran pun tak....kat pasaraya ke kat luar ke kat mana mana ke....ada kita tgk orang berpusu pusu nak beli tutup muka ( mask ) tu...walaupun mati dah bertambah...tak ada!! itulah orang malaysia.....bila dah teruk dah beribu mati dah kritikal nanti ...tengok lah apa mak bapa kata...haaa itulah kerajaan...dari dulu tak nak ambil langkah...tapi kita pernah tak kata....apsal setiap keluarga tak nak ambil langkah nie dulu....

dan masa tu....buat lah demontrasi lagi....aku nak pergi kl pun susah.......duit minyak abis...orang marah..........

KECOH PASAL UTUSAN..RIDHUAN TEE

Setiap hari AHad aku baca utusan dan beberapa akhbar lain dan sejak beberapa minggu nie ada kolum yang menarik perhatian aku terutama isu berkaitan dengan utusan....dr ridhuan tee...aku tengok ruangan tu banyak mengutarakan tentang fakta - fakta dan beberapa isu yang telah diperhangatkan sejak akhir - akhir ini. Tapi yang pasti, kecenderungan pembaca lebih kepada politik kebanykkan menghentam antara satu sama lain termasuklah penulisnya.

Tapi apa yang pasti sejak akhir akhir ini negara telah banyak dihamburkan dengan maklumat - maklumat yang sepatutnya tidak diperbincangkan secara umum...mungkin sebab keadaan teknologi semasa ataupun kehendak sesetangah pemimpin yang terpaksa membuka pekung demi untuk memberikan jawapan yang terbaik kepada persoalan rakyat.

Isu tentang hak istimewa, perlembagaan dan lain - lain lagi sepatutnya tidak dijadikan satu bahan untuk dipersoalkan dan diungkitkan termasuklah perkara - perkara penting tentang penubuhan malaysia. Mungkin ada yang berani kata, itu masa dulu...perkara itu dah lapuk dan tak sesuai dengan keadaan sekarang tapi SIAPA KITA HENDAK BERKATA SEPERTI ITU? kalau tiadanya timbangtara dan perlembagaan dan keistimewaan tersebut maka tidak akan jadi bumi Tanah Melayu atau Malaysia. Maka tidak ada kemerdekaan 31 ogos 1957. Mungkin lewat lagi dan mungkin kita merdeka ntah tahun berapa dan mungkin beberapa perkara mengenai tanah melayu tidak ada. Dan kita mengatakan perkara dan perlembagaan itu tidak sesuai lagi pada masa kini, isunya siapalah anda untuk persoalkannya? Mungkin sebab kita fikir kita telah belajar tinggi, di overseas, telah mengkaji perlembagaan dan sepatutnya kena macam nie bukan macam tu, atau sebab kita ini memang genius dan pakar dan mengatakan perkara ini perlu diubah sekarang. Tapi persoalannya, siapa kita hendak berkata begitu? Kita bukanlah orang yang terlibat sama bersama -sama menjadikan perlembagaan Malaysia ketika itu.

Dan kita pada harini dapat melihat ramai yang seboleh bolehnya ingin tunjuk pandai dan mengatakan perkara ini itu perlu diubah dan akhirnya timbulnya keraguan dalam masyarakat. Sepatutnya perkara asas itu saja yang boleh diutarakan dan perkara yang detail tidak perlu difikirkan. Akhirnya, itulah jadinya kehendak Malaysian Malaysia apabila semua orang kata dia pandai.

Generasi muda harini adalah arkitek untuk masa depan malaysia seterusnya. Kita tidak dapat bayangkan jika arkiteknya masih terbuai buai mimpi . Sepatutnya arkiteknya telah mula melakarkan lakarannya dan lakarannya bukanlah sebuah bangunan yang bengkang bengkok dan hanya rangkanya sahaja tapi birlah menjadi bangunan yang kukuh dan indah dipandang mata serta kagum dengan keunikannya.

BOLA ...BOLA....MU

Bila tengok senario bola sepak negara memangla banyak benda yang menyampah dalam fikiran kita. Dengan mutu permainannya la, dengan cara pengurusan la, dengan pemain yang kadang kala sukar dijangka dan pelbagai isu yang melanda kelab pasukan negeri. Apabila pasukan MU datang ke Malaysia sambutan hangat cukup diberikan dan ditambah pula dengan letupan bom di Mariot dan Ritz di Jakarta, MU dapat main 2 kali dengan pasukan Malaysia. APa yang pasti penganjur dapat buat duit cukup bagus. Mana taknya, jalan ke bukit jalil sesak, jammed teruk kata kawan aku, nak beli tiket, mengalahkan akademi fantasia....baju merah setan tu la yang banyak kata sorang kawan aku...baju yang sokong malaysia...hmmm hampeh.....

Dan bila kluar isu tu dalam suratkhabar, ada jugalah insan yang tersedar, walaupun bawa , pakai bendera MU tapi bendera Malaysia tetap juga bawak....itupun pada perlawanan kedua. Tapi itulah hakikatnya, pengaruh bola sepak tempatan hancur dengan pengaruh bola sepak luar. Mungkin liga malaysia ini perlu dijenamakan semula....begitu juga dengan pengurusan dan kelab penyokong serta sponsor.

Mugkin isu sponsor ini menyebabkan keadaan bola sepak negara makin parah...ye lah dulu dunhill taja...tapi isu penajaan ini adalah satu isu yang sesitif...mungkin FAM kena ambil byk langkah panggil banyak pihak untuk brainstorming....

STRUGLE FOR PEACE

Malaysia adalah sebuah negara yang aman, damai dan seringkali menjadi pujian, bila aku pergi ke Sydney Australia ada satu malam tu on da way balik dari makan malam dekat rumah Hj Samsudin ( dulu dia usahakan restoran makanan melayu malaysia dekat pekan sydney ) one of the taxi driver tanya aku dari mana? aku jawab la Malaysia...U know Malaysia? Then dia jawab...yeah i know Malaysia...and first question dia tanya...Where is Mahathir now? I love mahathir dia kata, not like pakistan prime minister....then dia kata ...how's Anwar? Still in jail...nampaknya banyak juga dia tahu pasal Malaysia....tapi bila tanya pasal negara dia dia kata go to he** ...Mushar**!!! aku pun tak kata apa...diam tapi dia...Malaysia is a good country...and hope Malaysia will be the greatest Islamic country in the world and got a strong leader like Mahathir....sampai kat stesen keretapi aku dgn group aku naik keretapi pergi bandar sydney balik....dalam keretapi aku terpikir...orang lain pun puji negara kita dan tak puas hati pasal negara dan kepimpinan negara dia...yang dia kata lagi teruk dari Malaysia.

Mungkin kita nie tak bersyukur sangat kot dengan apa yang ada tetapi selalu cuba nak garapkan sesuatu yang baru....apa yang pasti 31 Ogos 2009 satu lagi detik sejarah negara kita berlangsung dan tak tahu la apa yang menarik lagi kemerdekaan tahun nie....moga moga negara kita akan terus drahmati oleh ALLAH swt