Tuesday, August 11, 2009

BOLA ...BOLA....MU

Bila tengok senario bola sepak negara memangla banyak benda yang menyampah dalam fikiran kita. Dengan mutu permainannya la, dengan cara pengurusan la, dengan pemain yang kadang kala sukar dijangka dan pelbagai isu yang melanda kelab pasukan negeri. Apabila pasukan MU datang ke Malaysia sambutan hangat cukup diberikan dan ditambah pula dengan letupan bom di Mariot dan Ritz di Jakarta, MU dapat main 2 kali dengan pasukan Malaysia. APa yang pasti penganjur dapat buat duit cukup bagus. Mana taknya, jalan ke bukit jalil sesak, jammed teruk kata kawan aku, nak beli tiket, mengalahkan akademi fantasia....baju merah setan tu la yang banyak kata sorang kawan aku...baju yang sokong malaysia...hmmm hampeh.....

Dan bila kluar isu tu dalam suratkhabar, ada jugalah insan yang tersedar, walaupun bawa , pakai bendera MU tapi bendera Malaysia tetap juga bawak....itupun pada perlawanan kedua. Tapi itulah hakikatnya, pengaruh bola sepak tempatan hancur dengan pengaruh bola sepak luar. Mungkin liga malaysia ini perlu dijenamakan semula....begitu juga dengan pengurusan dan kelab penyokong serta sponsor.

Mugkin isu sponsor ini menyebabkan keadaan bola sepak negara makin parah...ye lah dulu dunhill taja...tapi isu penajaan ini adalah satu isu yang sesitif...mungkin FAM kena ambil byk langkah panggil banyak pihak untuk brainstorming....

No comments:

Post a Comment